Thursday, 3 March 2011

Ungunya cintaku..

Sedalam lautan biru..semerah langit senja..seputih salji..dan ungunya cinta saya ini..kalau orang lain kata semerah cinta tapi pada saya biarlah ungunya cinta..kerana ungu itu penuh kelembutan yang orang lain tak dapat rasakan..

Awak yang saya sayang,

Pernah tak awak rasa dalam gembira tapi dalam masa yang sama sunyi yang tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata..pernah tak awak rasa benci tapi dalam masa yang sama rindu mencengkam jiwa..saya tak tahu nak gambarkan bagaimana..saya tak tahu nak jelaskan macam mana ..tapi yang pasti..itulah yang saya rasakan sekarang ni awak..saya benci ..saya rindu..saya letih tapi saya mahu terus berusaha..bagaimana ya awak?bagaimana saya nak leraikan rasa ni yang kian tersimpul-simpul mati?

Saya akur..kasih awak pada saya kini hanya teman biasa..saya terima walau tak rela..saya dapat nampak dari sinaran mata awak saat awak sebut nama 'dia'..penuh rasa cinta yang membara..saya cemburu awak..cemburu sangat..sebab hati awak dah terisi..jahatkan saya awak..sebab saya hipokrit..saya tipu diri saya sendiri..saya pura-pura gembira..sedangkan dalam hati saya sakit sangat..benci sangat nak dengar cerita awak dan dia..jahatkan saya awak?

Awak yang saya sayang,

Saya tak tahu nak cakap apa lagi..lagi banyak saya tulis lagi banyak rindu yang akan tumbuh..tapi ..percayalah awak..i will always love you no matter what!

No comments:

Post a Comment