Thursday, 17 March 2011

Sedetik Lebih

" Setiap nafas yang dihembus
  Setiap degupan jantung
  Aku selalu memikirkanmu
  Dalam sedar dibuai angan
  Dalam tidur dan khayalan
  Aku selalu memikirkanmu... "

Awak yang saya sayang,

Mengertikah awak di sebalik lirik yang tersusun indah ini? Mengertikah awak makna yang tertera di lirik ini? Kalau awak mengerti pasti awak faham apa yang selama ini saya cuba sampaikan dari bait bicara..kalau awak faham mesti awak tak biarkan saya terkedu di panah rindu..mesti awak nampak dari air muka saya betapa saya mengasihi awak sepenuh hati..tapi sayangnya..awak tak dapat nak baca hati saya..awak tak dapat nak tafsirkan kata-kata saya..

Awak yang saya sayang,

Kalau awak sayang dia..saya sayang awak sedetik lebih lagi...kalau awak cinta dia..saya cintakan awak sedetik lebih lagi..saya tak dapat nak huraikan dengan kata..saya tak dapat nak gambarkan dengan rasa..ianya perlu di teliti dengan rapi..tapi sayangnya..awak buat tak kisah semua..awak tolak tepi segalanya..yang awak nampak hanya dia..yang awak rasa cuma dia..sedikitpun tak pernah toleh adanya saya di sini..di sisi selalu..

Awak yang saya sayang,

Tak kisahlah bagaimana..tak kisahlah apa rupa..tak kisahlah sebesar mana cinta awak pada dia..perlu awak tahu..kasih sayang saya selama ini akan sedetik lebih dari dia...saya akan pastikan itu terpelihara sehingga awak akan sedar akhirnya..bahawa..kisah cinta saya akan abadi selamanya..dan sedetik lebih dari dia...

No comments:

Post a Comment