Sebalnya hati saya hari ni awak..sebalnya hati saya kenangkan awak..sebalnya hati saya tengok awak..sebal!sebal!seballlllllll!!
Awak yang saya sayang,
Sampai hati awak buat saya macam ni..sampai hati awak tak ingat langsung pun ulangtahun kita..sampai hati awak buat tak tau..sampai hati awak hiris hati saya..awak buat muka tak bersalah je bila sungguh-sungguh awak cerita tentang dia..istimewanya dia...
Pagi tu bila awak kata nak lunch dengan saya..wahhh~~hati saya berbunga-bunga..saya senyum je sepanjang masa..saya tunggu detik masa yang berlalu..aduhh..lambat betul pukul satu..saya dah bayangkan awak akan buat suprise..like last year...saya cukup terharu sebab awak ingat ulangtahun kita..saya tak sangka..betul-betul tak sangka...tapi sapa yang tahu..rupanya apa yang saya fikirkan tak sama apa yang awak nak sampaikan..nasi yang saya telan seolah-olah tersekat di kerongkong..bila awak terus bercerita tentang dia..tentang dia yang awak puja..tentang dia yang merajuk gila..tentang dia yang buat awak terpana..
Awak yang saya sayang,
Tahu tak awak?tahu tak hampir saja air mata saya menitis..hampir saja saya mahu menjerit..hampir saja saya mahu balik..tinggalkan awak sengsorang kat situ..tapi kalau saya bertindak agresif..tentu awak tahu yang saya merajuk..redha tak redha saya dengarkan je luahan hati awak..walau hati saya cukup sebal!seballll...dan saya rasa sayalah orang yang paling hipokrit kat dunia ni..kenapa?sebab saya berlagak seolah-olah saya prihatin dengan masalah awak..saya berlagak saya jadi teman terbaik dengan nasihat free tu..hipokritkan saya awak?
Awak,
Cukup-cukuplah mendera hati saya..cukup-cukuplah awak uji kesabaran yang yang kian menipis..cukup-cukuplah awak cerita tentang dia..cukuplah awak..saya dah penat..penat sangat...saya rasa kena tarik balik kata-kata saya dulu kat awak..bahagiakan hati sendiri sebelum bahagiakan hati orang lain..saya kena tukar kata-kata ni..selami hati orang sebelum bahagiakan hati sendiri!..agak-agak awak boleh terima tak? agak-agaknya awak boleh guna pakai tak?hmmmm..
Awak,
Nampak gayanya..no more anniversary..no more us..no more we..just only me..just only you and your life..
No comments:
Post a Comment