Monday, 28 March 2011

Jangan Pernah Berubah

" jangan pernah kau coba untuk berubah,tak rela kan yang indah hilanglah sudah "


Awak yang saya sayang,

Saya pernah dapat ayat ni dari awak..waktu tu saya tersipu malu..terkedu-kedu..hahahaa..kalau ingat balik sure saya ketawa sendiri..sebab saya cakap saya takkan berubah..walau masa berlalu pantas atau perlahan saya tetap takkan berubah..saya tetap saya..dan saya harap awak pun tak berubah..kasih awak akan terus untuk saya..sepanjang masa..kita berdua layari hari dengan rasa bahagia..takde sedikit pun rasa curiga..tak de sedikitpun keterbatasan masa..
tapi..
keyakinan saya hari demi hari semakin bergoyah..sebab apa?sebab awak dah semakin menghilang dari pandangan saya..sekejap ada sekejap takde..kalau saya call pun awak sentiasa cakap awak busy..awak sibuk...sebal saya awak!macam awak sorang je busy kat dunia nih!

Awak yang saya sayang,

Awak semakin jauh dari saya..apakah saya yang paranoid atau memang awak dah berubah?..bicara awak dah tak semanis dulu..tingkahlaku awak dah tak semesra dulu..awak banyak alasan bila saya ajak berbicara..bila saya tanya awak kata saya yang berubah..awakkk..saya atau awak yang berubah?saya atau awak yang menjauhkan diri?saya atau awak yang lupa dengan janji?saya atau awak?..perlukah saya ingatkan semua tarikh-tarikh istimewa kita..perlukah saya ungkit semua kenangan kita bersama?perlukah awak?...

Awak,

Saya dah janji dengan diri saya sendiri..apapun jadi..saya tetap sayangkan awak..Insyaallah..saya tetap akan sayangkan awak..kenapa awak tak pernah nak faham?apa perlukah saya ucapkan tiap-tiap hari saya sayangkan awak..saya cintakan awak?cinta bukan untuk di lafazkan sentiasa awak..itu bagi saya..cinta saya untuk seseorang cuma satu..satu hanya untuk awak..harus bagaimana lagi saya nak yakinkan yang saya sayangkan awak sesungguhnya?..kata orang kalau kita sayangkan seseorang..set him free..but if I let u go..then how would I know that you will be mine dear?..kadang-kadang saya bingung nak buat macammana lagi untuk awak terus yakin saya milik awak..awak milik saya..sebab awak tak pernah nak yakin dengan diri sendiri...

Awak,

Jangan berubah awak..jangan sesekali berubah hati..kalau boleh saya mahu cinta kita kekal selamanya hingga ke syurga..kalau boleh saya nak terus sehidup semati dengan awak selamanya..dasyat kan permintaan saya..tapi itulah dia..permintaan dari hati saya..permintaan ikhlas dari hati saya..bolehkan awak tunaikan ia?bolehkan?...

No comments:

Post a Comment