Saya ibaratkan awak macam pelangi senja..cantik di pandangan ..tak menyilaukan mata..berbagai warna di sekilingnya..dan..hanya seketika dapat merasa keindahannya..selebihnya..akan di tenggelami suasana malam menjelma..ya..hanya seketika.bahagia yang saya cipta hanya seketika..tak tercapai dek tangan..tak tergapai dek akal fikiran...
Awak yang saya sayang,
Bagai berkurun lama saya tak jumpa awak..bagai bertahun lama saya tak temui awak..jujurnya..saya rindu awak yang dulu..awak yang suka usik saya..awak yang sering merangkul kasih sayang hanya untuk saya..kerana sejak dia hadir..kita bagai terpisah berbagi dua..kasih awak tertumpah untuk dia sepenuhnya..sedangkan saya gigih membina tembok agar tidak di panah api cemburu buta..tapi adakalanya saya tertewas awak..saya tewas bila melihat kemesraan awak dengan dia..indahnya jika dia itu saya..pasti awak akan memanjakan saya sebegitu rupa kan?
Awak,
saya sayangkan awak..tapi saya dapat rasakan..sejak akhir-akhir ini..awak dah banyak berubah..awak jarang bertegur sapa dengan saya..kalau adapun..hanya perkara yang penting penting saja..di mana agaknya silap saya ya awak? kemana perginya kasih yang kita bina selama ini? ataupun awak dah jemu untuk terus menatap saya..menjaga saya ? berbagai persoalan yang mahu saya utarakan tapi saya tak berani..saya tak berani mendengar apa jua jawapan awak..sebab saya takut..saya tak kuat ..saya takut nanti jika saya dah jatuh..saya tak boleh bangun semula..walaupun pada zahirnya ,awak nampak saya bagaikan tak kisah dengan apa yang terjadi..
Awak yang sangat saya sayang,
Saya tak ada harta berjuta untuk persembahkan pada awak..dan saya tak ada permata berlian demi menjamin masa depan awak..saya cuma ada sekeping hati yang penuh dengan rasa cinta..namun awak..jika cinta saya itu salah..cinta saya ini menyusahkan awak..saya minta maaf awak..saya minta maaf..kerana mencintai awak..saya minta maaf kerana terlalu mencintai awak..sehingga saya terlupa..awak pun berhak untuk hidup bahagia juga walaupun nanti teman awak tertulis bukan saya..
No comments:
Post a Comment