" Walau sedalam mana pun kita menyayangi seseorang itu,simpan sedikit rasa curiga,seandainya satu hari dia melangkah pergi, tak akan ketara terasa kehilangannya "
Awak yang saya sayang,
Rindu di hati saya hanya Tuhan yang tahu..apa saja yang saya buat serba tak kena..bak kata orang..semua serba 'awak'..awak tetap menghiasi minda saya walau di mana saja pun saya berada..macam dah kena black magic pulak ! cuba awak ajar saya bagaimana caranya nak move on with this life without you..kalau tak pun..bagi saya tips untuk kurangkan perasaan serba 'awak' tu..boleh tak awak?
Kadang-kadang saya rasa macam tak berbaloi merindui sesuatu yang tak pasti..saya rasa rugi hidup saya selama ini menanti sesuatu yang tak mungkin terjadi..tapi bila di fikirkan kembali..saya redha dengan ketentuan Illahi..saya percaya dengan takdir Tuhan..seandainya awak milik saya..cepat ataupun lambat awak akan tetap milik saya..dan hati kecil saya mengatakan awak masih milik saya..masih!
Awak yang saya sayang,
Saya hanya bisa berdoa..sekiranya awak di takdirkan untuk saya..biarlah kekal selamanya..namun jika awak bukan jodoh saya..saya berharap agar Tuhan dapat menghapuskan semua rasa yang saya ada sekarang ini..dan saya juga berharap biarlah berakhir tanpa ada sebarang sengketa antara kita..
Saya sayang awak ..walaupun satu hari nanti..awak dah tak perlukan saya dalam hidup awak...
No comments:
Post a Comment