Saturday, 19 May 2012

Terlewatkah Aku ?

Awak,

Terlewatkah saya ? Terlewatkah saya menakluk waktu sehinggakan awak mahu melangkah pergi? ataupun saya yang terlalu memberi awak ruang dan masa untuk menilai kasih sayang saya? Buntu awak..buntu saya untuk mencernakan sikap dan tingkah awak..awak nak uji saya ke? uji kesabaran saya yang kian menipis hari demi hari? bersama awak..kesabaran saya terbang melayang...nak tahu kenapa? kerana awak terlalu "manis" untuk di simpan..mahupun di buang..jika saya simpan sendiri..saya bimbang akan kena diabetis hati..namun andainya saya singkir pergi..hidup saya dah takde manis lagi..tawar je manjang..alahai..saya tahu..awak selalu cakap..awak tak suka di kongkong..tapi..pernah tak awak fikir kenapa saya jadi begitu? pernah tak awak? mesti tak kan? ahhh..prasangka lagi!

Awak yang saya sayang,

Saya selalu tutup mata..fikir yang baik-baik saja..bila ada orang lain di sisi awak..melayan awak dengan mesra..lebih mesra dari saya..sebab saya tak mahu sekat had dan kebebasan awak dalam berteman..tapi..awak tak pernah tahu..sikap caring awak pada semua..benar-benar menghiris hati saya..walaupun tak berdarah..bisa dia tak terperi! saya akan terus tersenyum..ceria seolah-olah tak pernah terjadi..saya sabarkan hati seperti selalu..saya pujuk hati..awak memang begitu..di hadapan orang lain..awak akan buat-buat tak kenal saya..tak pernah kenal saya..saya pun tak faham mengapa? adakah kerana saya tak cukup dalam kriteria awak ataupun awak malu berdampingan dengan saya? bila saya suarakan..awak tuduh saya cemburu buta..tak pernah nak usul periksa..aduhai awakkk...bukti dah jelas terang di mata,awak masih nak nafikannya?sedih saya awak..kalau saya buat awak begitu..bolehkah awak terima dengan rela?

Awak yang saya sayang,

Cukuplah awak..cukuplah mendera perasaan saya..jika awak benar-benar menyayangi seperti apa yang awak cakapkan dulu..kotakan..jangan lukakan perasaaan saya lagi..saya dah letih awak..letih untuk tidak berprasangka..letih untuk menjaga hati ini..saya dah penat awak..penat sangat! tapi..fahamkan awak apa yang bermain di hati dan jiwa saya? mengertikah awak? mengertikah?

No comments:

Post a Comment