Tuesday, 1 May 2012

Rindu Yang Membeku

Dalam hati ada rindu yang membeku..dingin..keras kematu..sebab apa ya? semua sebab awak..ya..awak yang saya sayang..kerana awak dah semakin menjauh dari saya..sangat-sangat jauh sampai saya tak berdaya nak kejar walaupun setapak..

Awak yang saya sayang,

Kadangkala saya bertanya..dia mana pengakhiran kisah kita..awak tak pernah beri kepastian..kata putus yang muktamad..awak diamkan saya seolah-olah saya tak berharga langsung..namun..bila saya tanya..awak sayang saya tak?..awak akan cakap..sayang sangat! tapi kenapa ya awak..saya rasa ianya bagaikan tak ikhlas langsung..ada sesuatu yang menyekat awak untuk berterus terang..hmmm..awak takut saya terluka ke? kalau itu..awak tak perlu risau..sebab saya dah lama terluka dengan sikap endah tak endah awak..hati saya selalu berbisik..yang awak sebenarnya masih berpaut di dahan yang rapuh..awak tak mahu melepaskan saya sedangkan awak sendiri hampir terjatuh..jangan awak..jangan begitu..! jika dua-dua terjatuh..sakitnya tak akan ada ubatnya awak..percayalah cakap saya..

Lalu dengan kesedaran itu..saya keraskan hati saya..saya anggap apa saja bicara..apa saja luahan yang terpampang di dada maya..bukannya untuk saya..walaupun saya benar-benar mahu percaya ianya tertuju hanya untuk saya..saya bina benteng yang kukuh di hati..perlahan saya belajar untuk jauhkan diri dari awak..saya cuba tepis rindu yang kadangkala menggoda dalam diam..siksa awak..siksa sangat nak buat tak tahu..aduhaiiii..sehingga ada satu waktu..saya ingin sangat di hipnosis seseorang ..agar saya dapat padamkan dan erase nama awak dari minda saya..namun..saya tersedar..sebenarnya..kenangan bersama awak yang buat saya terus kuat..melawan dugaan..melawan waktu..dan..akhirnya..keyakinan saya untuk hidup tanpa awak..KOSONG!..saya kembali mengintai dalam sepi..saya kembali merindu dalam mimpi..supaya awak datang walaupun sekali..bodohkan saya awak?

Awak yang saya sayang,

Terima kasih awak..sebab banyak lukakan hati saya..kerana awak..saya bisa berdiri sekukuh ini..walaupun saya dan awak masih samar-samar mengukir bahagia..biarlah..biarlah begini..mungkin satu hari nanti akan ada pengakhiran untuk segalanya..walaupun nanti..bahagia kita bukan bersama..sekurang-kurangnya saya bangga..kerana pernah menjadi sebahagian dari orang yang pernah awak rindui..walau..tak sepenuh hati..saya sayangkan awak..sayang sangat biarpun awak tak pernah mengetahui.. ~~SARA~~





No comments:

Post a Comment