Thursday, 21 April 2011

Sungguh Aku Terluka...

Awak,

Hari ni hati saya terluka sangat..saya terluka dengan kata-kata awak..rasa macam kena hiris pisau lepas tu di taburkan dengan garam..sakit sangat awak..sakit sangat..saya tak sangka begitu sekali anggapan awak tentang saya..sampai begitu jahat sekali saya di mata awak..saya rasa macam hina sangat di mata awak..hina yang sampai saya tak mampu nak balas semua kata-kata awak..terasa hina sehingga saya tak boleh nak pandang muka awak..teruk sungguhkah saya di mata awak?teruk sungguh ke awak?

Kata yang awak lemparkan mungkin awak anggap ianya satu gurauan..tapi bagi saya..gurauan awak tak kena pada tempatnya..gurauan awak seakan tuduhan yang terlalu menyakitkan..saya tak tau nak gambarkan bagaimana..tapi itulah realitinya..gurauan awak membunuh semua deria rasa saya….sampai saya terpaku seketika dan sukar bernafas dengan betul..seolah ada sesuatu yang menyekat pernafasan saya..

Awak,

Hanya senyuman saja saya dapat beri tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa gelodaknya rasa saya..saya tahan air mata yang bertakung..saya tak nak nampak lemah di mata awak..saya tak mahu awak tahu saya sedih..biarlah apa yang saya rasa saya simpan semuanya..saya tak nak balas balik..biarlah Tuhan yang tentukan semuanya..biarlah apa saja anggapan awak tentang saya..biarlah apa saja tuduhan awak pada saya..sebab saya tahu satu hari awak akan rasa apa yang saya rasa..bukan saya mendoakan yang tak baik untuk awak..tapi saya yakin dengan karma..what you give you will get back..sama ada cepat atau lambat…

Dan..terima kasih awak atas kata yang awak beri..kerana sekurang-kurangnya saya tahu apa sebenarnya pandangan awak tentang saya selama ini…jadi saya tahu di mana kedudukan saya sebenarnya di mata awak…terima kasih ya awak..terima kasih yang tak terhingga…Alhamdulillah..akhirnya hari ini saya belajar lagi tentang ragam manusia !

No comments:

Post a Comment